Inti pati ucapan pertama Pengarah JPN Kelantan, Tn Hj. Hussain Awang pada 2 Jun 2010:   1. Semua pegawai perlu memahami dan melaksana dasar-dasar kerajaan. 2. Perlu ada 'synergy' antara sektor & unit di jabatan. 3. Tingkatkan mutu kerja: perlu ada nilai tambah. 4. Sedia menerima teguran, bukan pujian. 5. Setiap unit perlu menyedia laporan tindakan yang diambil atas ucapan Pengarah/Timbalan dalam setiap perhimpunan jabatan. 6. Tingkatkan budaya mencatat.
Fokus SPA 2010:   Tumpuan Kelas Tahun 1 hingga 3, Tingkatan 1 hingga 3, Memperkasa Pra Sekolah, Sekolah Sesi Petang, Panitia MP, Membina Soalan Pecutan, Memantapkan eCakna, Program Turun Padang, Mewujudkan Task Force Projek Khas KPM, Memantap Headcount, Pegawai SPA perlu 'BERNAFSU' & 'BERANI' , Berintegriti, Kerja Sepasukan, Menjaya Sekolah Anak Angkat Pegawai, Program bersama Guru Cemerlang dan Program Merisik Khabar ke SM Teknik, SM Agama Bantuan Kerajaan, SR Khas serta SABK
Jawatankuasa Khas JPN Kelantan bagi Memperkasa:   1. Sekolah Orang Asli 2. Sekolah Cina & Tamil 3. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 4. Sekolah Rancangan Khas
SELAMAT HARI GURU:   A teacher's achievement is not how many 'A's or 'B's he produces but how many lives he changes and how many hearts he touches.
KATA PUJANGGA:   You HEAR & you FORGET, You SEE & you REMEMBER, You DO & you UNDERSTAND
   
   
   
   
   

Daftar Masuk Pegawai



Info Terkini

Noticeboard Error!!

No notices to display.

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini951
mod_vvisit_counterMinggu Ini6915
mod_vvisit_counterBulan lepas13487
mod_vvisit_counterKeseluruhan (mula 15 Jan 2010)123769

We have: 8 guests, 6 bots online
IP anda: 123.125.71.48
 , 
Today: 03 Sep, 2010

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Ulasan Isu UPSR dan PMR 4 PDF print email
Berita Akhbar
Tuesday, 27 July 2010 07:33

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mewakili 126 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mahu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terus dikekalkan supaya rakyat serta kerajaan dapat memantau kualiti pendidikan asas pelajar.

MPM berpendapat pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu dan penilaian selepas 11 tahun atau pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlalu lewat untuk menilai taraf kualiti pendidikan serta memberi peluang untuk pelajar membaiki pembelajaran mereka.

Pendirian itu akan disampaikan pakar rujuk MPM yang juga ahli Senat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, dalam perbincangan meja bulat kedua Kementerian Pelajaran hari ini berhubung cadangan memansuhkan UPSR dan PMR.

Setiausaha Agung MPM, Dr Hasan Mad, berkata majlis itu berpendapat UPSR dan PMR tidak perlu dimansuhkan, sebaliknya pendekatannya diubah supaya tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Kita cadangkan pendekatannya diubah dengan menambah sistem penilaian kemahiran pelajar yang diukur berdasarkan standard yang ditetapkan Majlis Peperiksaan Malaysia bagi setiap subjek.

Ini bermakna pelajar tidak akan terlalu berlumba-lumba untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan, tetapi turut memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran praktikal, katanya kepada Berita Harian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil NGO di bawah MPM, semalam.

Antara NGO yang menganggotai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia.
Hasan berkata, kajian yang dijalankan Isahak juga menunjukkan beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom pernah melaksanakan sistem pendidikan tanpa peperiksaan, namun menukarkannya kembali kepada sistem peperiksaan yang ditambah dengan penilaian penguasaan kemahiran.

Ini dapat membantu kita menilai kecenderungan pelajar sama ada lebih cenderung kepada akademik atau kemahiran agar kita dapat menentukan hala tuju pelajar berkenaan, katanya.

Beliau berkata, pemansuhan UPSR dan PMR juga akan menyebabkan guru, terutama di Tingkatan Lima tertekan kerana terpaksa menyediakan pelajar menghadapi SPM satu-satunya peperiksaan awam selepas 11 tahun pada peringkat sekolah.

Pelajar pula akan belajar sambil lewa kerana setiap tahun dianggap tahun bulan madu kerana peperiksaan awam hanya dilaksanakan pada peringkat SPM, katanya.

Last Updated on Saturday, 21 August 2010 07:27
 
Clerks assigned to help teachers with admin duties PDF print email
Berita Akhbar
Tuesday, 27 July 2010 05:48

About 1,500 clerical staff in the Education Ministry will be redeployed to schools to reduce the administrative burden of teachers, Deputy Education Minister Datuk Dr Puad Zarkashi said Monday.

The move, he said, was part of the ministry’s effort to ensure that teachers would not be unnecessarily burdened with duties unrelated to their job specifications.

Dr Puad said another approach being studied was the creation of the post of replacement teachers to take over the duties of those on maternity leave.

“Our studies show that among the reasons for teachers being burdened with extra workloads are ill-defined duties, mismatched teacher placement, attending courses held outside the school, weekend sports activities and handling examinations organised by their schools.

“We know of a school that has up to 20 committees comprising the teachers themselves, which had increased their burden,” he told Senator Ng Fook Heng at the Dewan Negara Monday.

Read more...
 
PBS: Ambil Kira Kokurikulum PDF print email
Berita Akhbar
Thursday, 01 July 2010 16:59

Aspek kokurikulum adalah antara yang akan turut diambil kira dalam menilai pencapaian pelajar jika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya telah merangka program yang diperlukan untuk tujuan tersebut namun ia belum dapat diperincikan sehingga semua maklum balas pihak luar berkenaan cadangan itu dibincangkan secara mendalam.

“Mungkin kokurikulum juga satu daripadanya (menilai tahap pencapaian), tetapi saya tidak mahu terangkan dulu kerana perlu dibincangkan dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dulu.

“Jangan risau, penilaian pelajar tetap ada. Bukan tak ada seperti yang difikirkan sesetengah orang. Mereka takut apabila sudah tiada peperiksaan budak melenggang pergi sekolah, cikgu tidak mengajar.

“Ia bukan begitu sebenarnya. Kementerian ada mekanisme untuk pelajar dan guru. Apabila sampai masanya, kita akan terangkan secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutup Kem Jambori Persahabatan Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada kementerian akan memasukkan aspek kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum sebagai antara aspek yang dinilai sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan.

Sementara itu, berhubung penganjuran rundingan meja bulat yang bakal diadakan seperti dicadangkan Muhyiddin, Alimuddin berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai pemansuhan UPSR dan PMR menerusi pelbagai saluran antaranya media massa, ceramah dan seminar.

Katanya, rundingan meja bulat yang bakal diadakan itu serupa seperti pernah dilakukan ketika dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat.

“Kami akan menjemput pelbagai pihak termasuk parti politik bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan memansuhkan UPSR dan PMR,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Last Updated on Saturday, 03 July 2010 19:51
 
Ulasan Isu UPSR dan PMR 3 PDF print email
Berita Terkini
Thursday, 01 July 2010 16:42

Isu kewajaran UPSR, PMR diputuskan tahun ini: Muhyiddin

2010/07/01

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan bahawa keputusan sekiranya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) wajar dimansuhkan, dibuat pada tahun ini juga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusannya akan dibuat dalam masa satu atau dua bulan selepas tamat beberapa siri perbincangan meja bulat dengan pihak berkepentingan, yang dirancang dalam masa terdekat.

"Kita akan buat keputusan cepat, saya sudah minta Ketua Pengarah Pelajaran susun beberapa siri perbincangan di peringkat meja bulat, pihak yang ada kepentingan dipelawa untuk beri pandangan walaupun kita dah buat kajian lama mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata, perbincangan itu juga bertujuan mendapatkan input lebih terperinci di samping memberikan gambaran lebih jelas sebelum keputusan mengenainya diambil.

Katanya, maklum balas yang diterima sehingga ini khususnya menerusi media amat menggalakkan serta positif, dan segala input serta maklum balas itu akan diambil kira sewaktu sesi perbincangan meja bulat di kementerian nanti.

"Hari ini pun saya buka suratkhabar masih ada pandangan bukan sahaja dari rakyat biasa tetapi juga dari mereka yang pakar dalam bidang pendidikan, dan beberapa pandangan agak bernas," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, rakyat masih boleh memberikan pandangan tetapi tidak perlu untuk berdebat panjang hingga boleh mencetuskan pelbagai kontroversi.
Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran mulai 2012, Muhyiddin berkata pihak kementerian sedang membuat persiapan rapi.

"Apa yang penting ialah bagaimana hendak urus program seperti itu yang memerlukan satu bentuk latihan yang agak istimewa, kerana hendak jaga anak-anak yang masih kecil lebih sukar.

"Cara pembelajaran dan penyampaian pun tidak boleh macam biasa, ia lebih dalam bentuk mainan, mungkin menyanyi...bimbingan itu agak berbeza sekali dan memerlukan guru yang tidak serupa (dengan yang biasa)," katanya.

Ketika ditanya mengenai pelajar perempuan yang dilihat terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini, Muhyiddin berkata ia adalah fenomena global dan rakyat tidak perlu gusar mengenai pencapaian wanita.

"Saya fikir pejuang gender wanita pastinya berbangga dengan pencapaian wanita yang cemerlang dalam bidang pendidikan, apa yang penting adalah bagaimana hendak tingkatkan prestasi pelajar lelaki," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan mengkaji cara untuk meningkatkan pencapaian pelajar lelaki. - BERNAMA

Last Updated on Thursday, 01 July 2010 16:47
 
Sistem Penilaian Holistik PDF print email
Berita Akhbar
Thursday, 01 July 2010 16:56

Sistem pendidikan di negara ini perlu melalui proses penilaian semula dengan memastikan kaedah pentaksiran terhadap pencapaian para pelajar dibuat secara holistik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, langkah tersebut bagi membolehkan para guru mengenal pasti potensi sebenar setiap pelajar mereka dan seterusnya mengasah sepenuhnya keupayaan golongan tersebut.

"Dengan berpandukan kepada falsafah pendidikan kebangsaan, kita mesti menilai semula kurikulum dan cara kita membuat penilaian terhadap perkembangan dan pencapaian para pelajar.

"Jika kita gagal mengenal pasti dan mengasah potensi sebenar golongan muda kita, maka negara berhadapan dengan risiko mengalami kegagalan pada masa depan. Kita tidak boleh mengambil risiko itu, jadi kita kena bertindak daripada sekarang," katanya.

Beliau berucap pada program siri wacana perdana bertajuk 'Peranan Pendidikan dalam Pembangunan Kepimpinan' di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini hari ini.

Pada 23 Jun lalu, Muhyiddin berkata, sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin digunakan bagi menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini.

Menerusi sistem itu, katanya, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya.

Bagaimanapun, kerajaan tidak tergesa-gesa melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Cadangan memansuhkan peperiksaan awam tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak dan pertubuhan yang berharap kerajaan melakukan kajian terperinci berhubung kedudukan peperiksaan awam itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pendidikan merupakan satu proses yang holistik bagi membangunkan potensi sebenar setiap individu.

Ini, kata beliau, melibatkan proses pembelajaran melalui pengalaman seseorang sehingga menjangkau proses normal penyampaian ilmu dan kemahiran selain pembelajaran di bilik-bilik darjah.

"Ini meliputi pembelajaran berasaskan pengalaman dan penjelajahan yang mengayakan pengetahuan pelajar sekali gus membentuk minda yang kreatif dan bukan sekadar apa yang termaktub dalam buku-buku teks," katanya

Justeru, kata beliau, pembelajaran yang berasaskan kreativiti dan inovatif perlu menjadi komponen utama dalam sistem pendidikan negara.

Katanya, ini bagi mengukuhkan sasaran kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kedua-dua unsur tersebut dalam usaha mencapai matlamat ekonomi berpendapatan tinggi.

"Memandangkan negara perlu segera melahirkan modal insan yang sebenar bagi memacu ekonomi ke satu peringkat yang lebih tinggi, maka kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan cara lama.

"Kita perlu bergerak ke hadapan dan mengambil langkah berani bagi melaksanakan reformasi pendidikan demi memastikan ia dapat memenuhi matlamat transformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Last Updated on Saturday, 03 July 2010 19:52
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 11